SIAPA BERKUASA KE ATAS BANK PUSAT IRAQ?

Pada awal Februari ini,  Mahkamah Agung Iraq telah  memutuskan bahawa  beberapa Institusi Kerajaan seperti BPR, SPR, SUHAKAM dan juga termasuk Bank Pusat Iraq diletakkan di bawah  pengawasan  KABINET  dan  bukan  di bawah pengwasan  PARLIMEN.    Padahal berdasarkan perlembagaan baru Iraq yang telah disusun dengan agak tergesa gesa  selepas Perang 2003 dahulu, badan badan tersebut perlu diletakkan di bawah Parlimen. Bagaimanapun, Nouri Al Maliki berhujah dan   Mahkamah Agung bersetuju bahawa definisi "pemantauan pengawasan kuasa" adalah longgar atau samar samar.
Sebaik sahaja keputusan itu dimaklumkan, Gabenor Bank Iraq, Sinan Al Shabibi telah bersuara dengan  mengatakan bahawa keputusan
meletakkan Bank Pusat Iraq di bawah KABINET akan membuka ruang risiko aset  di luar negaranya  termasuk Dana Pembangunan Iraq  di Federal Reserves New York, USA yang berjumlah lebih USD50 Billion boleh diakses oleh ahli ahli politik tertentu dan pegawai kerajaan. Dan katanya lagi, adalah tidak menjadi masalah untuk kami menyelaraskan kerja kami dengan KABINET.  Bagaimanapun Bank Pusat Iraq    akan menuntut KEMERDEKAAN/kebebasan dari KABINET. Memetik kata Sinan Al Shabibi:

'The bank is independent, financially and administratively, and therefore all procedures and policies that it adopts are independent,'he said after meeting lawmakers in parliament."

Lalu, Nouri al Maliki pula memberikan respon dengan mengatakan bahawa ""The day WILL NOT come when we tell the Central Bank we  want  to use any part of the bank's reserves for the state's budget,".
Sementara itu, Ketua SPR Iraq, Faraj al Haidari berkata, penguasaan KABINET sekarang ke atas badan badan tersebut tidak akan memberi   kesan negatif,    tetapi isunya ialah bagaimana pada masa depan jika ada SEBUAH PARTI yang akan mendapat MAJORITI pemerintahan di KABINET?
Selepas perang 2003, Development Fund or Iraq (DFI) telah diwujudkan di bawah kuasa PBB untuk bertindak sebagai akaun penerima  pendapatan untuk hasil jualan minyak Iraq dan lain lain dana yang dirampas semasa Perang 2003 @ USD926.7 yang mana USD650 Juta  dari jumlah tersebut adalah milik anak Saddam, Uday.   USD8.8 Billion sahaja telah tidak diakaunkan    dan   digunakan  untuk pengurusan selepas  pencerobohan/peperangan 2003,   untuk tujuan seperti pembelian (trading) minyak secara haram.    Akaun ini terletak di Federal Reserve Bank,  New York. Akaun ini akan expired menjelang 30 June 2011 ini. Justeru semalam Parlimen telah mengarahkan Bank Pusat Iraq untuk membuka  akaun untuk membolehkan pemindahan dana tersebut dilakukan segera sebelum  ada kemungkinan risiko dituntut oleh pihak asing.
Justeru itu, beberpa hari lalu,  Parlimen   Iraq telah mengarahkan diwujudkan satu Jawatankuasa Khas untuk mengkaji IMPLIKASI apabila badan badan tersebut   diletakkan di bawah KABINET.
Pembangkang  berpendapat  keputusan itu telah mengganggu "Sistem Demokasi"    kerana kelihatannya pihak Syiah telah mula ingin MELEBARKAN    kuasa   ke atas badan badan tersebut.
Manakala itu, Speaker Parlimen Iraq,  Osama al Nujaifi (Sunni) berkata keputusan Mahkamah itu adalah satu bentuk ANCAMAN kepada  DEMOKRASI dan PERLEMBAGAAN. Dan menurutnya lagi, Parlimen akan bersidang dan membuat deraf baru undang undang untuk melakukan   REFORMASI ke atas MAHKAMAH, contohnya dari segi kaedah pemecatan hakim atau pun cara pemilihan hakim.  Tak nak ada hakim yang telah   membuat   keputusan yang "mengancam sistem demokrasi" itu.

Tapi bak kata Nouri al Maliki,    keputusan telah dibuat,   IMPOSSIBLE untuk  ditarik balik.


Isu ini berkait rapat siapakah yang berkuasa untuk memutuskan dinar diapungkan  nanti. Jika PM dan Gabenor Bank Negara Iraq bersetuju Dinar diapungkan, tidak menjadi masalah. Tetapi jika salah seorang tak bersetuju, ianya memungkinkan Dinar mengambil masa untuk diapungkan.  Orang politik lazimnya nak cepat tetapi orang pentadbiran terlalu berhati-hati dan lambat membuat keputusan.  Al Maliki pernah memberi komitmen untuk menilai semula dinar. Tetapi fundamental ekonomi Iraq  kini   yang semakin baik   semacam tak memberi inspirasi kepada Gabenor Bank Pusat Iraq untuk segera  menilai semula  dinarnya.   

No comments:

Post a Comment

Jangan terlepas info terkini Dinar Iraq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...